Dreams are renewable. No matter what our age or condition.

-Qimminas-

Google+ Followers

Google+ Badge

Bagasi Kiriman Popular

Terjemah

Monday, May 10, 2010

Suntikan Vaksin Selesema Babi (H1N1) dan Kesan Sampingannya: Pengalaman Peribadi




Pagi tadi, saya dan isteri mengambil vaksin selesema babi di Poliklinik Kesihatan Kelana Jaya. Sebelum itu, saya ada membuat panggilan ke beberapa buah klinik berdekatan, namun semua klinik meminta saya membuat janji temu sebelum mengambil suntikan tersebut. Hanya di Poliklinik Kelana Jaya yang memberikan suntikan terus tanpa melalui sesi janji temu.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami sampai di klinik tersebut. Saya bertanya kepada petugas di kaunter tentang prosidur untuk mengambil suntikan tersebut. Jururawat itu menyuruh saya mendaftarkan diri di Kaunter 1. Selepas menyerahkan kad pengenalan, nama kami berdua dipanggil. Seperti biasa, kami dikehendaki membayar RM1 ringgit seorang. Selepas itu, petugas di kaunter tersebut menyuruh kami ke bilik khas untuk mengambil suntikan tersebut. Tiada pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suntikan. 

Di bilik tersebut, beberapa orang staf dari jabatan kerajaan sedang berbaris untuk menerima suntikan. Seorang demi seorang menerima suntikan tersebut. Saya dan isteri menyerahkan kad pengenalan sekali lagi kepada jururawat di situ. Nama kami didaftarkan. Sejurus selepas itu, nama saya dipanggil untuk menerima suntikan. 

Sebelum jarum menusuk kulit di bahu kiri saya, terkeluar kata-kata pertanyaan, "Apa kesan sampingan suntikan ini?" Jururawat itu menjawab sambil bertanya, "Encik hendak baca dahulu pamplet tentang kesan sampingannya atau encik hendak ambil suntikan dahulu?". Saya tanpa berfikir panjang berkata, "Suntiklah dahulu!" 

Memang terasa sakit sedikit semasa jarum menusuk ke dalam bahagian bahu. Berbeza daripada sakit suntikan biasa. Mungkin perasaan saya melebih-lebihkan sakit tersebut. Selepas beberapa ketika, bahagian yang disuntik tadi berdenyut-denyut dan terasa panas sedikit. Selepas sejam, badan mula rasa lenguh-lenguh dan keletihan. Kepala berat dan pening sedikit. Kesan ini berlarutan sehingga beberapa jam. Saya mengambil cuti sakit di sebuah klinik. Badan rasa kurang sihat. 

Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga tidur. Sehingga sekarang, selepas 7 jam menerima suntikan, badan masih lenguh-lenguh dan tempat suntikan masih lagi terasa sengal. Tiada kesan sampingan lain setakat ini. Mudah-mudahan kami berdua tidak mengalami kesan sampingan yang teruk. 

Kesan sampingan pengambilan vaksin H1N1 (seperti tertera pada pamplet yang diberikan oleh petugas di Poliklinik Kelana Jaya) 

Sering Berlaku
* sakit kepala
* keletihan
* kesakitan, kemerahan, bengkak atau benjolan pada tapak suntikan
* demam
* sakit otot, sendi 

Kerap Berlaku
*rasa panas, gatal atau lebam pada tapak suntikan
* berpeluh, menggigil dan gejala selesema
* pembengkakan kelenjar di leher, di ketiak, atau di bahagian sulit

Agak Jarang-jarang Berlaku
* rasa mencucuk/kebas di tangan/di kaki
* mengantuk
* pening
* cirit, muntah, sakit perut
* gatal dan ruam
* ganguan tidur
* gejala kulit seperti inflamasi dan ruam gatal 

Jarang-jarang Berlaku
* kesan alergi yang menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak
* sawan
* rasa menikam yang tajam
* pendarahan/lebam serius 

Amat Jarang-jarang Berlaku
* inflamasi pada salur darah yang menyebabkan ruam kulit, sakit sendi, dan masalah buah pinggang
* lumpuh 

Saya mungkin berfikir berkali-kali untuk mengambil suntikan tersebut jika membaca pamplet ini terlebih dahulu. Saya juga pernah menyiarkan beberapa artikel tentang kesan sampingan vaksin tersebut dalam blog saya yang lain. Namun, suntikan sudah diambil, harap-harap kami tidak mengalami kesan sampingan yang serius. Doktor di klinik saya mengambil cuti sakit pun ada memberitahu tentang kes orang yang mengalami sawan selepas mengambil suntikan vaksin tersebut. Katanya lagi, mungkin kerana status vaksin itu masih baru dan kesan sampingan yang dinyatakan di atas, maka vaksin ini hanya diberikan kepada orang dewasa yang berumur 18 hingga 65 tahun. 

Moga-moga kiriman ini dapat memberikan panduan kepada anda sebelum mmengambil vaksin tersebut. Tepuk dada tanya selera!




3 comments:

@rE-LonG said...

Salam..
Encik, saya nk tanye pendapat encik berkenaan suntikan vaksin H1N1 tue..

saya baru berkahwin.dan baru mendapat suntikan tersebut..

tapi selepas disuntik, nurse baru bgtau bahawa saya kene guna protection dan tak boleh mengandung dalam mse dua bulan nie krna tkut kesan smpingan..

betul ke ye?sgt risau..

KHAIRUL "HAKIMMY" AISYAM said...

salam,

Jujurnya, saya pun tak tahu nak bagi pendapat.

Lebih baik ikut pesanan jururawat tu.

Sabarlah!

faridah said...

saya penrnah mengambil injection ni semasa mengandung.Hasilnye anak saya mengalami kecacatan dan meninggal pada usia 53 hari.. seorang doktor pakar menyatakan xboleh ambil injection lain semasa pegnent melainkan 2 dos injection ATT

Related Posts with Thumbnails