Dreams are renewable. No matter what our age or condition.

-Qimminas-

Bagasi Kiriman Popular

Terjemah

Saturday, May 15, 2010

Berita Baik untuk Penduduk Desa Coalfields & Saujana Utama?




Saya tidak ingat nama ladang yang mengusahakan pengeluaran baja organik sehingga mencetuskan kemarahan penduduk di kawasan sekitar sejak beberapa tahun lalu. Bukan sahaja kedudukan ladang yang hampir dengan kawasan perumahan, malah aktiviti di ladang itu telah menyebabkan pencemaran udara (bau) di kawasan Saujana-Coalfields -Puncak Alam sejak sekian lama.

Namun, berdasarkan berita di bawah ini, saya yakin ladang yang dinyatakan di bawah ini adalah ladang yang sama. Jika benar apa-apa yang didakwa oleh MB Selangor, maka berita itu merupakan perkhabaran yang menggembirakan bagi penduduk di sekitar Kawasan Ijok (kawasan DUN MB Selangor).


Berita Berkaitan:


SHAH ALAM 14 MEI: Kerajaan Selangor mengarahkan Ladang Lay Hong di Batu 20, Sungai Buloh supaya menghentikan aktiviti penghasilan baja organik dari najis ayam yang menyebabkan masalah bau busuk kepada penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Kerajaan negeri akan membantu ladang itu membuang lebih 400 tan simpanan najis ayam bagi mempercepat pemberhentian aktiviti penghasilan baja dan operasi pembuangan dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Keputusan ini dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang mengadakan mesyuarat semalam, selepas diberi taklimat oleh Pejabat Daerah, Jabatan Veterina, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pihak pengurusan ladang tersebut.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, mesyuarat MTES itu dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kerajaan negeri berharap keputusan ini menyelesaikan masalah bau busuk yang membelenggu penduduk kawasan itu yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu dan gagal diatasi kerajaan terdahulu.

“Kita minta pihak ladang memberi kerjasama penuh untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh sebulan,” kata Khalid.

Beliau berkata, Kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas termasuk merampas tanah jika syarikat itu masih meneruskan aktiviti membuat baja organik dari najis ayam.

Sehubungan itu, Pejabat Daerah dan JAS akan memantau operasi ladang itu supaya semua arahan kerajaan negeri dipatuhi pengurusan ladang berkenaan.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails