Dreams are renewable. No matter what our age or condition.

-Qimminas-

Bagasi Kiriman Popular

Terjemah

Tuesday, March 30, 2010

Mak@Rumah

Alhamdullilah. Ibu saya sudah dibenarkan keluar hospital pada hari Ahad yang lalu. Dari Hospital Selayang, beliau dipindahkan semula ke Hospital Ipoh dan dibenarkan keluar sehari selepas itu. Sejak "diserang" penyakit tersebut, sudah dua bulan lebih ibu saya "menginap" di hospital. Selama dua minggu "bertarung" nyawa di CCU, ICU dan HDW.

Mak saya kini berada di rumah. Masih kurang selera makan dan tidak boleh berjalan seperti biasa walaupun sudah 22 hari beliau selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di saluran hempedunya. Biarpun begitu, proses pemulihannya begitu prositif dan progres. Selain rawatan moden, kami juga sedang mengusahakan rawatan tradisional, begitu juga selain ubatan moden, kami juga berusaha menggunakan ubatan alternatif.

Semoga kesihatannya bertambah baik dari sehari ke sehari.

Monday, March 29, 2010

Mahu Berhutang? Sila Berhutang Dahulu...




Sebelum ini saya ada menulis tentang pengalaman seorang sahabat yang ingin membuat pinjaman peribadi di bank. Dua hari yang lepas saya ada bertemu dengannya. Berborak di lokasi yang sama, menu yang sama, hairan bin ajaib cerita pun sama.

Tidak payah sentuhlah cerita lain. Yang ingin saya kongsikan bersama adalah tentang permohonannya untuk meminjam di beberapa buah bank ditolak gara-gara dia tidak pernah berhutang. Pada pertemuan yang lalu, saya ada mencadangkan kepadanya untuk memohon di sebuah bank antarabangsa. Namun, permohonannya turut ditolak kerana tiada CCRIS. Pelik? Jangan pelik itu hakikat. Tiada CCRIS, maka sukar untuk anda untuk membuat pinjaman bank. 

Apa itu CCRIS? Betulkah ejaan/akronimnya begitu? Saya pun tidak begitu pasti. Kata sahabat saya itu, CCRIS ialah rekod/maklumat "hutang" anda. Daripada maklumat CCRIS, pihak bank dapat menilai kelancaran dan keupayaan anda menjelaskan hutang yang ditanggung. Harap apa-apa yang ditulis ini menepati maksud dan fungsi CCRIS itu.

Sahabat saya tidak pernah berhutang. Maksudnya, dia tidak mempunyai kad kredit, tidak membiayai pinjaman rumah/kereta/motosikal, dan sebagainya. Rumah dan kenderaan dibeli menggunakan nama isterinya yang merupakan kakitangan kerajaan. Motosikal yang ditungangnya setiap hari dibeli secara tunai. 

Memang banyak pasangan yang berkahwin akan menggunakan nama isteri@suami yang bekerja di sektor awam untuk membiayai pinjaman perumahan dan kenderaan. Sebab apa? Sebab semua urusan berkaitan dengan pinjaman@bank akan menjadi mudah jika pemohonnya ialah kakitangan kerajaan. Malah, tidak melampau saya katakan kakitangan kerajaan dilayan umpama VIP jika membuat sebarang permohonan di bank (bukan cemburu, tetapi realiti). Bagi yang ingin membeli rumah, sudah tentu pinjaman menggunakan loan kerajaan menjadi pilihan ramai. Bunganya rendah.

"Jadi, apa solusi yang diberikan oleh pihak bank?" tanya saya sambil memikirkan cara untuk membantunya. 

"Orang bank itu suruh aku apply kad kredit, kalau berjaya, lepas 6 bulan apply semula loan," katanya dengan nada yang hampa.

"Gila! Nak berhutang kena berhutang dulu...."

Saya tambah, "Sekarang memang payah hendak buat loan. Kakitangan kerajaan memanglah senang giler nak buat buat loan di mana-mana bank. Bagi pekerja swasta, ada bank yang menetapkan gaji pokok minimum sebanyak RM6000 (kalau gaji dah banyak ini, tidaklah sesak sangat hendak buat pinjaman bank), ada yang menetapkan RM3000, ada yang menetapkan RM2800, ada juga yang aku dengar menetapkan RM2500 gaji pokok sebagai kelayakan untuk membuat pinjaman. Itu baru bab gaji belum bab lain. Lagi teruk, ada bank yang tidak menawarkan loan untuk kakitangan swasta." 

Saya cuba menghubungi beberapa orang kawan untuk bertanya tentang pengalaman mereka memohon pinjaman peribadi. Dua tiga orang kawan saya hubungi. Hasilnya agak positif. Seorang kawan memberitahu ada dua buah bank yang memberikan pinjaman tanpa mementingkan CCRIS dan tidak menetapkan gaji pokok yang tinggi. Namun, dia tidak pasti sama ada bank-bank tersebut masih menggunakan polisi tersebut. Namun yang pasti, bunga yang bakal dikenakan agak tinggi. 

Sahabat saya itu yang mungkin agak kecewa dengan keadaan yang dihadapi hanya mengangguk dengan cadangan saya itu. Katanya, dia akan mencuba buat kali terakhir. Jika gagal, dia akan melupakan niatnya untuk membuat pinjaman peribadi di mana-mana bank.

Memang GILA...nak BERHUTANG kena BERHUTANG dahulu!


Tuesday, March 23, 2010

Kota Damansara Dilanda Ribut

Semalam, Kota Damansara dan kawasan sekitarnya dilanda ribut. Langit yang gelap sekitar pukul 3 petang bertukar menjadi hujan lebat, diikuti angin yang kencang. Suasana menjadi gelap gelita. Angin bertiup kencang. Tiang bendera di depan pejabat ini bagaikan hendak tercabut dari tempatnya. Hujan lebat dan ribut kecil itu berakhir sekitar pukul 5.30 petang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, tidak kurang daripada 15 batang pokok tumbang di tepi jalan. Ranting pokok bertebaran di tepi dan di tengah jalan. Sampah sarap juga berselerak di sana sini.

Yang paling saya kasihan apabila ada beberapa buah rumah kongsi pekerja Indonesia/asing di sekitar Taman Sains Selangor 1 ini rosak kerana "dibalun" oleh ribut kecil tadi. Kawasan rumah kongsi itu pula ditakungi air seperti dilanda banjir kecil. Sudah tentu susah untuk melelapkan mata pada malam tadi.

Sesekali Allah menguji. Itu baru ribut kecil, belum lagi diuji dengan kejadian alam yang lebih dashyat. Sangat menginsafkan diri!

5 MAC - 6 MAC -23 MAC 2010

5 Mac
Hari mak saya menjalani pembedahan untuk membuang tumor di saluran hempedunya. Pembedahan yang berlangsung selama 12 jam itu bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada jam 7 malam. Rumit dan berisiko. Mungkin inilah punca dua buah hospital swasta menolak kes ini. Alhamdullilah, pembedahan itu berjaya biarpun masih ada 10 peratus tumor yang tidak dapat dibuang kerana melekat di saluran darah.

6 Mac
Hari lahir ibu saya yang ke-54. Ayat yang tidak akan saya lupakan yang diucapkan oleh mak sebelum pembedahan itu ialah: "Mak operate 5hb Mac, 6hb Mac tu hari jadi mak". Berderau darah apabila beliau bercakap sedemikian rupa. Namun, alhamdullilah, semuanya selamat.

7hb Mac - 23hb Mac
Biarpun pembedahan itu berjaya, namun risikonya cukup tinggi. Dari High Dependency Wad (HDW), mak saya dimasukkan ke Cardiac Care Unit (CCU) kerana degupan jantungnya tidak stabil. Hampir seminggu beliau sedar-tidak sedarkan diri di wad itu. Kata doktor, mak saya terkena jangkitan kuman. Beliau susah untuk bernafas. Sepanjang minggu itu, semua adik-beradik berkumpul di Sg Buloh. Selain berdoa dan mendirikan solat hajat, kami juga menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk mak.

Selepas seminggu di CCU, mak saya dpindahkan ke Intensive Care Unit (ICU). Degupan jantungnya sudah agak stabil. Namun, beliau masih sukar bernafas. Kata doktor paru-parunya pula berair dan terkena jangkitan kuman. Hampir 5 hari beliau berjuang di wad itu.

Sejak 3 hari lepas, mak saya dipindahkan semula ke HDW. Hari ini beliau sudah boleh makan dan minum sendiri. Tiada lagi wayar di badannya. Tiada lagi mesin mengepam oksigen di sisinya. Tiada lagi mesin yang memantau degupan jantung, tekanan darah, dan paru-parunya. Mak saya sudah sedar sepenuhnya. Percakapannya sudah seperti sedia kala. Cuma, doktor sedang berusaha membuang "nanah" dari luka di dalam perutnya. Namun, kata doktor, keadaan itu tidak membimbangkan. Selain nanah, mak saya mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hampir dua minggu, beliau tidak makan makanan pepejal. Mungkin itu punca yang membuatkan badannya lemah dan sukar untuk berdiri/berjalan.

Biar apa-apa pun, syukur Alhamdullilah, setakat ini, semuanya selamat!

Monday, March 1, 2010

KOTORNYA AIR...





Bayangkan karat dan kotoran yang terlekat pada kain itu memasuki badan anda setiap hari. Apakah yang akan terjadi kepada anda dalam tempoh beberapa tahun akan datang? Sedangkan kajian yang dilakukan menyatakan bahawa air yang dikotori oleh pelbagai bendasing menjadi punya kepada pelbagai penyakit berbahaya terutamanya kanser. 

Kain yang terlekat kotoran itu ialah penapis DIY saya yang letakkan pada saluran air ke mesin basuh di rumah. Tempoh masa kain yang putih melepak itu berubah warna menjadi sedemikian rupa hanya sekitar 3- 5 hari. Saya terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan kain terutama yang berwarna putih daripada dikotori karat yang ada pada air paip. Jadi mahu tidak mahu terpaksalah meletakkan sesuatu agar kain tidak kotor.

Syukur alhamdullilah kerana kami sekeluarga tidak perlu menggunakan air sekotor itu untuk minum dan memasak. Kerana kesedaran dan kesihatan kami menggunakan penapis air. Jadi, untuk membasuh ikan/sayuran, memasak, minum kami sekeluarga menggunakan air yang telah ditapis. Bagi yang berminat untuk membeli penapis tersebut, sila klik pautan ini.

Persoalannya, bagaimanakah air yang kita bayar bilnya setiap bulan menjadi sekotor itu? Kata syarikat pembekalan air, tangki simpanan air di rumah yang tidak diselenggarakan dengan baik menjadi antara punca air menjadi kotor. Walhal air kotor ini telah mula dikesan sejak minggu pertama kami sekeluarga menetap di rumah sekarang. Selain itu, logikkah tangki simpanan plastik yang menjadi punca air berkarat jika bukan kerana paip utama yang menyalurkan air itu sendiri yang sudah berkarat namun tidak ditukar sehingga menyebabkan keselamatan pengguna terancam?



Related Posts with Thumbnails