Dreams are renewable. No matter what our age or condition.

-Qimminas-

Bagasi Kiriman Popular

Terjemah

Wednesday, December 2, 2009

Kelab Bekas Pelajar SMKIS, SMKSTA, SK MANONG di FACEBOOK

Baru-baru ini saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kelab Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS), Parit, Perak; Kelab Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin (SMKSTA), Manong, Perak; dan Kelab Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Manong, Perak di FACEBOOK. 

Tujuan saya mewujudkan kelab-kelab tersebut adalah semata-mata untuk menyediakan platform kepada bekas pelajar sekolah-sekolah tersebut untuk mengenali antara satu sama dengan yang lain, di samping mengimbau kenangan semasa di sekolah suatu ketika dahulu.

Selain itu, penubuhan kelab maya di FB ini diharapkan dapat "mempopularkan" dan menaikkan imej/nama ketiga-tiga buah sekolah yang merupakan "alma mater" saya suatu ketika dahulu. Saya pernah menuntut di SK Manong dari tahun 1984-1989, di SMKSTA pada tahun 1990, dan SMKIS dari tahun 1991-1994. Diharapkan sumbangan kecil saya ini dapat memberikan manfaat kepada bekas pelajar dan sudah tentu ketiga-tiga buah sekolah tersebut secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Oleh itu, saya berharap kepada bekas pelajar ketiga-tiga buah sekolah tersebut yang mempunyai akaun FACEBOOK agar dapat menyertai kelab-kelab tersebut supaya kita dapat bersama-sama menjalin ikatan silaturahim yang sudah sekian lama terputus.



Kelab Bekas Pelajar SMKSTA: Klik pautan ini.


Kelab Bekas Pelajar SK MANONG: Klik pautan ini.



Kelab Bekas Pelajar SMKIS: Klik pautan ini.


2 comments:

GELIgeli said...

assalamualaikum..
tahniah kepada sdra yg telah menubuhkan kelab ini.
Dan untuk makluman saudara satu ajk telah ditubuhkan sebagai nama kelab " alumni semesta manong " dan antara aktivitinya ialah mengumpulkan seberapa ramai guru-guru dan pelajar lepasan 70an hingga 90.Teman merupakan salah seorg ajk bagi pelajar 80-90.
sdra dialu-alukan untuk turut serta dan satu majlis akan diadakan iaitu 'majlis jasamu dikenang pada bulan mei 2010 nanti.

Anonymous said...

salam geligeli,

Insya-Allah jika ada kesempatan dan kelapangan!

Aisyam

Related Posts with Thumbnails