Tinggal lagi sebulan sebelum isteri saya bakal melahirkan cahaya mata ketiga. Menurut jangkaan doktor, tarikh kemungkinan bersalin ialah 4 Julai 2009, namun, seperti yang diketahui kelahiran tersebut boleh berlaku awal dan boleh juga berlaku lewat. Oleh sebab itu, debaran di dada semakin menggila. Walaupun bakal mendapat anak yang ketiga, namun debaran itu tetap ada. Menambahkan lagi debaran apabila kami tidak mengimbas jantina bayi tersebut. Kalau ikutkan hati memang teringin yang teramat sangat anak perempuan. Kami sudah ada 2 orang nak lelaki, Danial (5) dan Danish (3). Mudah-mudahan bayi yang bakal dilahirkan itu nanti perempuan. Namun, walau apa-apapun jantina anak yang bakal dilahirkan, itu ialah rezeki dan ketentuan Tuhan. Baik lelaki mahupun perempuan kami menerima seadanya. Yang penting, semoga saat kelahiran nanti dipermudahkan, sempurna sifat, dan kedua-dua ibu dan anak selamat.
Bagasi Kiriman Popular
-
Minyak motor hampir kering. Stesen minyak yang paling hampir adalah di Saujana Utama. Hendak ke sana, perjalanan memakan masa kira-kir...
-
Semalam, saya sempat berborak dengan kawan lama. Masing-masing bercerita tentang kehidupan, kerjaya, dan masalah politik negara. Ka...
-
Sejak minum radioaktif iodin untuk merawat penyakit hipertiroid yang saya hidapi sejak beberapa tahun lalu, badan pun sudah menja...
-
31 Mei ialah hari Sambutan Tanpa Rokok Sedunia atau Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Sudah bertahun-tahun saya tidak pernah mengambil tahu atau...
-
Tatkala masyarakat tengah panik dengan pandemik selesema babi, saya ingin berkongsi pengalaman tentang penyakit demam denggi. Walaupun negar...
-
& MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA: KHAIRUL AISYAM ROSLINDA MAJID QHAIRUL DANIAL ISKANDAR QHAIRUL DANISH MUQRI QHAIRUL...
-
Subjek Sejarah bakal dijjadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 dan menjadi subjek teras di sekolah rendah mulai 2014. ...
-
Jam Besar Kuala Kangsar Pekan Sehari Ahad Pemandangan dari Bukit Chandan - Sungai Perak Bas Wai Thong yang "terkenal...
-
(Pulut Durian) Kami sekeluarga pulang ke Suak Petai, Manong pada pagi Jumaat 11/12 yang lalu sempena majlis perkahwinan adik saya...
Terjemah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment