Dreams are renewable. No matter what our age or condition.

-Qimminas-

Bagasi Kiriman Popular

Terjemah

Monday, February 22, 2010

DUGAAN!

Ibu saya tiba-tiba menghidap sakit kuning yang melampau. Tubuh dan matanya menjadi kuning, badannya panas, dan kulitnya gatal-gatal. Setelah beberapa hari dimasukkan ke hospital, beliau telah didiagnosis menghidap ketumbuhan (kanser) di saluran berhampiran dengan hempedunya dua minggu yang lalu. Suatu perkhabaran yang mengejutkan!

Kini, sudah hampir tiga minggu beliau berada di hospital. Tiub sepanjang 1 meter terpaksa digunakan untuk menyalurkan air kuning (jus hempedu) dari hempedunya. Beliau kini sedang menunggu jadual pembedahan yang bakal dibuat di sebuah hospital kerajaan di ibu kota selepas hospital swasta menolak untuk membuat pembedahan itu kerana risiko yang tinggi dan tidak mempunyai kepakaran berbuat demikian.

Kami sekeluarga bertawakal dan berserah kepada Allah SWT semoga kesakitan dan penyakit yang ditanggungnya dapat dirawat dan dipulihkan sepenuhnya.

1 comments:

Zaqyah Razak said...

Assalamualaikum...

Kami kawan2 Ain @ UUM akan sentiasa mendokan yang terbaik untuk makcik. Semoga pakcik Dayat sekeluarga tabah menghadapi dugaan.

Related Posts with Thumbnails