Dreams are renewable. No matter what our age or condition.

-Qimminas-

Bagasi Kiriman Popular

Terjemah

Tuesday, June 29, 2010

Cinta Itu Buta


Cinta itu buta. Begitulah lazimnya. Cinta dikatakan buta kerana manusia yang dilamun cinta sanggup melakukan apa-apa sahaja demi cinta. Ada yang sanggup berselingkuh sebelum termeterainya ikatan perkahwinan yang sah, ada yang sanggup membuang zuriat kerana cinta, ada yang sanggup menerima penampar dan penumbuk kerana cinta. Mereka buta terhadap hukum agama, mereka buta terhadap perasaan perikemanusiaan, mereka buta terhadap rasa sakit dan pilu.

Cinta juga buta kerana ketika dilamun cinta, usia bukan lagi halangan, paras rupa bukan lagi syarat utama, harta bukan lagi ukuran, pangkat tidak lagi menjadi bandingan, darjat bukan lagi suatu masalah.

Ya cinta itu buta. Kerana ada yang buta sehingga sanggup mencurangi isteri atau suami, ada yang sanggup meninggalkan anak, isteri, atau suami, ada yang sanggup sembunyi-sembunyi berkasih dengan orang lain, ada yang sanggup berperang demi kekasih gelap. Mereka menjadi buta kerana cinta yang jauh terpesong daripada agama lazimnya bersifat demikian. Kata orang yang "haram" itu selalunya "indah". Benarkah begitu?

Benar, cinta itu buta, namun tidak dinafikan bahawa cinta itu kadangkala celik. Kata orang, cinta itu juga tidak semestinya memiliki!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails